10 Manfaat kesihatan makan Pisang
1-Sebagai Sumber Tenaga
Pisang mengandungi 3 jenis gula iaitu fruktosa,glukosa dan
fruktosa.Gula dan karbohidrat yang terdapat dalam pisang mudah dicerna
dan tidak terlalu cepat dilepaskan dalam darah sehingga orang yang
memakan pisang cepat mendapat sumber tenaga,tetapi boleh bertahan lebih
lama dari gula.Selain itu pisang juga mempunyai B complex untuk membina
tenaga.
2-Menyokong prestasi otak
Hasil kajian yang di muat di uniqee.com menyimpulkan bahawa pisang
membantu keinerja otak menjadi lebih baik. 200 orang pelajar di sebuah
sekolah di Inggeris diminta untuk membiasakan diri sarapan, snek jam
rehat dan makan tengah hari dengan pisang. Hasilnya pelajar-pelajar
tersebut mampu menyelesaikan ujian akhir dengan baik.
Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.
4-mengurangi Gejala Stress
Kandungan potasium bermanfaat menormalkan degupan jantung. Kombinasi pelbagai zat pemakanan yang terkandung dalam pisang mengatur keseimbangan kelembapan dalam tubuh dan memperbaiki penghantaran oksigen ke otak.
Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.
5-Mengurangkan risiko stroke.
Ini terbukti dengan menurunnya risiko stroke sehingga 40% pada orang yang secara rutin mengambil pisang. Potasium menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.
6-Meneutralkan asid perut pesakit gastrik
Pisang tidak menimbulkan iritasi mahupun kerosakan kerana gastrik. Asid gastrik juga boleh dineutralkan dengan pisang. Makan pisang ditambah segelas susu baik untuk seseorang yang mempunyai sakit perut atau penyakit usus akibat asid gastrik.
7-Memperbaiki mood
Triptofan atau vitamin B6 berperanan penting untuk menghasilkan hormon serotonin. Salah satu fungsi hormon ini mengatur emosi dan menenangkan fikiran. Bagi kamu yang sedang tertekan dan memerlukan mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang.
8- Disarankan untuk ibu hamil.
Wanita yang hamil memerlukan asid folik yang cukup untuk pertumbuhan janin dalam rahimnya. Pisang mengandungi asid folik sehingga disyorkan untuk ibu hamil. Pisang akan mencegah terjadinya cacat apabila bayi tersebut lahir dan membantu pembentukan sel-sel baru yang sangat diperlukan oleh janin untuk pertumbuhan sel yang lebih cepat.
9- Mencegah sembelit
Serat makanan dalam pisang menjaga agar gerakan usus tetap baik. Kalau anda ingin jauh dari sembelit, makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung serat, pisang salah satunya. Jangan lupa untuk tetap minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari
10-Mencegah pereputan tulang
Penggunaan kalium yang cukup membantu mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.